PENDUDUK di Pasir Ris boleh menjangkakan stesen MRT baru, Pasir Ris East, di bawah Laluan Rentas Pulau (CRL) yang dijangka mula beroperasi pada 2030. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Isnin (7 Feb) berkata ia telah menganugerahkan kontrak sivil bagi rekaan dan pembinaan stesen itu kepada Singapore Engineering & Construction Pte. Ltd. - Sinohydro Corporation Limited (Singapore Branch)...





