SEJUMLAH 360 perhentian bas merata negara telah dikenal pasti untuk kerja-kerja pembaikan semula bagi menjadikannya lebih selamat dan mesra warga tua.
Ini termasuk meniadakan tangga, menyesuaikan ketinggian bendul jalan bagi memudahkan akses bebas adangan dan memperbaiki lampu, kata Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat semalam.






