JOHOR BAHRU: Johor mahu mempergiat pemadanan perniagaan antara perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan dengan syarikat besar yang melabur di negeri itu supaya peluang menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat diterjemahkan kepada tempahan, pekerjaan dan peningkatan pendapatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata fasa pembangunan seterusnya perlu memberi perhatian...





