JAKARTA: Jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia semakin memburuk sehingga menyebabkan puluhan penerbangan di beberapa wilayah Sumatera tergendala sejak beberapa hari lalu, apabila jarak penglihatan merosot ke paras yang membahayakan keselamatan penerbangan.
Keadaan itu turut menjejaskan kesihatan penduduk, dengan kira-kira 28,000 kes jangkitan saluran pernafasan akut dilaporkan di Riau sejak Ogos, selain mengancam habitat hidupan liar termasuk...





