Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru kumpulan Houthi terhadap prasarana penerbangan awam di Arab Saudi yang mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam kalangan orang awam.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 9 Oktober menegaskan bahawa serangan sedemikian tidak boleh diterima dan tidak mempunyai sebarang alasan yang boleh membenarkannya.





