KEHIDUPAN yang dilalui Encik Mohd Faizal Kamaruddin berubah dalam sekelip mata tatkala dikesan menghidap penyakit ginjal peringkat lanjutan.
Daripada seorang usahawan yang pernah melebarkan sayapnya sehingga ke Vietnam, duda anak seorang berusia 42 tahun itu kini hanya membantu gerai makan ibunya selain melakukan kerja pengiklanan secara sambilan.






