SEBANYAK 19 ekor anjing kini berada di bawah jagaan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) selepas mereka menyiasat seorang penternak anjing tidak berlesen pada 9 Februari lalu.
AVS, yang merupakan perkhidmatan di bawah Lembaga Taman Negara (NParks), menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan pembiakan dan penjualan anjing yang tidak berlesen itu.






