USAHA Perkumpulan Seni mengumpul penulis tempatan untuk menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cerpen dan puisi bukan hanya bermakna tetapi sangat penting bagi masa depan persuratan tanah air bahkan juga dalam melestarikan persuratan di rantau ini, kata Presiden Halimah Yacob.
Demikian kata Puan Halimah ketika berucap di majlis pelancaran dua buku sastera yang dihasilkan Perkumpulan Seni semalam, sempena sambutan ulang tahun...






