RAMAI dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam yang masih kurang faham tentang Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dan apakah ia diterima dalam Islam.
LPA ialah alat undang-undang yang membolehkan individu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun secara sukarela melantik orang lain untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihaknya dalam soal kebajikan peribadi dan ehwal harta sekiranya beliau kehilangan upaya mental, seperti demensia, suatu hari nanti.





