BUAT julung-julung kalinya, gerak tari tradisional Melayu akan diterapkan sebagai satu alat terapi dalam program, dengan peserta juga dapat meluahkan atau berkongsi perasaan dan persoalan hidup yang mereka sedang alami.
Program berjudul 'Kembara Minda dan Jiwa', anjuran kumpulan seni tari tradisional, Era Dance Theatre Ltd, adalah sebahagian daripada program acara bagi sambutan ulang tahun Wisma Geylang Serai (WGS) yang ketiga...





