BELIA berusia 22 tahun Luzman Azrin pernah menganggap masjid sebagai sebahagian "port lepak" kegemarannya dan teman-teman sebaya untuk beraktiviti secara sihat - dia dan rakan-rakan bersolat jemaah, mengaji dan berqasidah bersama, bahkan sering berborak tentang kehidupan harian.
Apa yang membuatnya melekat dengan masjid di kawasan tengah Singapura itu, katanya, bukan hanya kerana kegiatan yang dianjurkan untuk belia sepertinya, bahkan wujudnya...





