SEJUMLAH 509 pesakit kini dirawat di hospital kerana Covid-19 dengan 35 orang daripada mereka memerlukan sokongan oksigen manakala baki 10 orang lagi dalam Unit Jagaan Rapi (ICU).
Angka pada Selasa (25 Januari) ini merupakan tambahan 31 orang lagi yang dirawat di hospital berbanding Isnin. Terdapat tiga lagi pesakit yang memerlukan sokongan oksigen walaupun jumlah kes di ICU turun satu kes.





