PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) sedang menyemak keputusan oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) berkaitan perbicaraan disiplin terhadap presidennya, Mohd Nasri Haron, dan sedang mendapatkan nasihat guaman berkaitan perkara tersebut.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Perses semalam, Mohd Nasri akan meneruskan operasinya seperti biasa.





