PERANCIS sekali lagi berjaya menempah tiket ke pentas akhir Piala Dunia selepas menumpaskan Maghribi 2-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Khamis (15 Disember).
Pasukan Eropah itu akan bertemu juara dunia dua kali Argentina bagi mempertahankan kejuaraannya dalam perlawanan akhir yang dijangka mendebarkan Ahad ini.






