BILANGAN penumpang yang keluar dari stesen MRT di kawasan pusat bandar (CBD) semasa waktu sibuk pagi hari bekerja dari Januari hingga Oktober adalah sekitar separuh daripada paras sebelum Covid-19, dengan aturan kerja fleksibel yang berterusan memacu perubahan dalam corak perjalanan.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata data tiket juga menunjukkan puncak lebih rendah sedikit dalam jumlah penumpang yang menaiki pengangkutan awam...






