SEANDAINYA anda peminat setia bintang legenda bersuara buluh perindu Whitney Houston, pastinya nostalgia menerawang di fikiran ketika menyaksikan filem kisah riwayat atau 'biopik' I Wanna Dance With Somebody.
Filem arahan Kasi Lemmons dan lakonan Naomi Ackie (sebagai Whitney Houston) ini membuatkan ramai yang meninggalkan pawagam pada sesi pratonton tempoh hari terasa sebak. Apakan tidak? Di sebalik senyum dan tawa...





