TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan membentangkan Belanjawan Negara 2023 di Parlimen pada 14 Februari tahun depan.
Pembentangan Belanjawan 2023 itu akan disiarkan secara langsung melalui televisyen, radio dan laman web Belanjawan Singapura, menurut Kementerian Kewangan (MOF) semalam.





