TIDAK sampai tiga bulan selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mendenda Lion City Sailors $5,000 kerana kelakuan pasukan itu semasa pertembungan sengit Liga Perdana Singapura (SPL) dengan Tampines Rovers, kelab itu didenda sekali lagi.
Pemain sayap Belgium Maxime Lestienne, penyerang Korea Selatan Kim Shin-wook dan pemain Brazil Diego Lopes didenda $500 setiap seorang kerana enggan bersalam dengan pemain lawan selepas...





