KANGAR: Gelombang kebangkitan rakyat yang mahu menegakkan satu kerajaan baru diyakini mampu melonjakkan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan pilihan rakyat di Perlis dan juga seluruh negara.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata gelombang yang diharapkan itu dijangka mampu membawa 'tsunami' dalam menolak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) daripada mentadbir negara.





