MAJLIS Gaji Kebangsaan (NWC) menggesa majikan menaikkan gaji pekerja dalam garis panduan yang dikeluarkan pada Isnin (14 November), mengambil kira situasi di mana inflasi terus meningkatkan kos sara hidup.
Pada masa yang sama, NWC yang merupakan badan tiga pihak yang terdiri daripada perwakilan majikan, kesatuan sekerja dan pemerintah menyedari bahawa perniagaan menghadapi peningkatan kos dan ketidaktentuan prospek perniagaan, lantas sebarang...




