Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) baru-baru ini melancarkan buku mengenai amalan terbaik dalam penjagaan anak titipan. Pelancaran itu juga sempena ulang tahun kelima PPIS Oasis, pusat agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017. Laporan BERITA HARIAN ini menyorot antara cabaran yang dihadapi keluarga titipan dan panduan oleh golongan profesional yang dikumpulkan...





