KETUA Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau prihatin kerana sentimen dan retorik perkauman ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan berkepentingan dan terdesak.
"Usaha dan kerja untuk membentuk kerajaan bertanggungjawab yang stabil tidak harus diganggu kerana orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum natif di Sabah dan Sarawak adalah...




