PEMERINTAH Singapura akan menyumbang AS$100,000 ($137,548) kepada Palang Merah Singapura (SRC) bagi menyokong usaha bantuan bencana dan kemanusiaan di Jawa Barat, Indonesia, berikutan gempa bumi Isnin lalu.
Sumbangan itu akan menokok ikrar SRC sebanyak AS$50,000 bagi menyokong keperluan serta-merta mereka yang terjejas oleh gempa bumi itu termasuk makanan, bantuan perubatan, dan tempat perlindungan kecemasan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA)...





