SOKONGAN pihak keluarga adalah penting bagi golongan warga emas ketika mereka cuba untuk menggunakan wadah digital dalam kehidupan seharian mereka, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How.
Tambahnya, penggunaan teknologi sebenarnya boleh mendekatkan hubungan kekeluargaan dan bukan sebaliknya.





