KUALA LUMPUR: Huraian jangka pendek dengan kos rendah tetapi berkesan, sedang dilaksanakan bagi menghadapi musim tengkujuh timur-laut bulan depan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata pelaksanaan itu termasuk pembersihan saliran air, pengorekan dasar sungai bagi mengurangkan kesan banjir. Antara lain, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), turut menyiapkan 284 pam air, 203 buah...





