KUALA LUMPUR: Encik Najib Tun Razak kelmarin memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu.
Encik Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1 tengah hari melalui firma guaman...






