MINGGU lalu, apa yang menjadi kebimbangan pemilik flat yang mempunyai pinjaman rumah dan pembeli kereta baru menjadi kenyataan.
Kadar faedah pinjaman rumah di Singapura yang dikenakan bank-bank dan institusi kewangan serta kadar faedah dikenakan pembeli kereta baru yang mendapatkan pinjaman, melonjak ke paras tertinggi.





