JUMLAH kes denggi mingguan telah turun secara mendadak sebanyak sekitar 70 peratus daripada kemuncaknya pada Mei lalu, namun penduduk mesti terus bekerjasama untuk mencegah lonjakan kes denggi yang kedua tahun ini.
Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, yang memberi maklumat terkini mengenai situasi denggi semalam, juga berkata sekitar 95 peratus kelompok denggi telah ditutup.





