KUALA TERENGGANU: Komposer Wan Zul atau nama sebenarnya Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani, 61 tahun, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, jam 2.30 pagi Khamis (13 Oktober).
Pemergian pencipta lagu 'berhantu', Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim itu dikongsikan adik arwah, Che Wan Zuhaini, 58 tahun, menerusi aplikasi WhatsApp.





