SERAMAI 45 relawan akar umbi, termasuk Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, telah meluangkan masa mereka semalam mengunjungi sekumpulan penduduk berpendapatan rendah di Woodlands menjelang sambutan perayaan Deepavali ini.
Usaha mendekati sekitar 400 keluarga yang tinggal di flat sewa di Blok 185A Woodlands Street 13 itu bertujuan menyampaikan habuan khas sebagai menceriakan mereka sempena perayaan tersebut.





