SEKITAR 550 set nasi beriani amal Masjid Khadijah diedarkan pada Ahad (16 Okt) dalam usaha mengumpul dana penyelenggaraan dan pembangunan masjid itu. Penjualan amal itu dijayakan dengan kehadiran lebih 300 jemaah dan sukarelawan dalam membantu memasak, mengedar dan membeli nasi amal tersebut, ujar Pengerusi Masjid Khadijah, Ustaz Dr Mohamed Ali. Menurutnya, penjualan nasi amal ini adalah satu tradisi yang berterusan...





