PARA menteri ehwal luar yang menghadiri mesyuarat khas Menteri Luar Asean (SAFMM) di Jakarta, Indonesia melahirkan rasa kesal yang mendalam atas kehilangan nyawa akibat serangan udara di wilayah Kachin di Myanmar baru-baru ini, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang menghadiri mesyuarat turut menekankan kekecewaan Singapura yang mendalam terhadap kekurangan kemajuan...




