Bukan sekadar spageti karbonara atau aglio olio, dunia pasta sebenarnya mempunyai ratusan bentuk unik, dengan setiap satunya dihasilkan menggunakan teknik dan ketelitian tersendiri.
Bagi Cef Muhammad Imran Sani, yang lebih dikenali sebagai Pasta Nerd, keindahan pasta buatan tangan bukan terletak pada bentuknya yang sempurna, sebaliknya pada tekstur, lekuk dan alur yang membolehkan sos melekat dengan lebih baik.





