JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor sedang mengusahakan pembukaan awal dua jajaran yang sedang dinaik taraf di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) pada awal 2027, mendahului sasaran penyiapan penuh projek berkenaan.
Jajaran Plus antara Sedenak dengan Kulai diusahakan untuk dibuka pada Februari atau Mac 2027, manakala jajaran SDE antara Jambatan Sungai Johor dengan Sungai Semenchu sedang dipertimbangkan untuk dibuka...





