SYDNEY: Tergendalanya urusan memproses visa di Australia, mengakibatkan sekitar sejuta bakal pekerja terkandas tanpa sebarang penentuan, hingga memburukkan lagi masalah kekurangan kakitangan yang kian meruncing serta melumpuhkan perniagaan dan memalapkan lagi ekonomi negara itu.
Kawalan sempadan yang ketat selama dua tahun, ditambah pula dengan penghijrahan pekerja yang bercuti serta para pelajar asing, menyebabkan banyak majikan menghadapi kesulitan mengisi kekosongan tenaga...





