Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, berkata bahawa kaum wanita bukan sahaja memerlukan peluang untuk maju dalam kerjaya mereka, tetapi juga sokongan dan kepercayaan untuk memimpin serta mempengaruhi proses membuat keputusan.
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa pelancaran kohort pertama program PPIS ‘Women LeadHers’ – program pembangunan kepimpinan yang direka untuk menyokong wanita berumur 24 hingga 35...





