Pemain luncur lelayang atau kitefoil Singapura, Maximilian Maeder, menambah satu lagi pencapaian dalam musim yang cemerlang pada 26 Oktober, apabila beliau dinamakan antara empat calon bagi anugerah Pelayar Lelaki Terbaik Dunia oleh World Sailing.
Ini merupakan kali kedua pemuda berusia 20 tahun itu dicalonkan buat anugerah tahunan berprestij tersebut, yang dilancarkan pada 1994 untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang pelayar individu dan...





