LANCASHIRE (Britain): Fleetwood Town melakar antara kejutan terbesar dalam sejarah Piala Carabao apabila menyingkirkan juara Liga Perdana England (EPL), Arsenal, menerusi babak penentuan penalti yang dramatik untuk mara ke peringkat suku akhir.
Skuad kendalian Mikel Arteta tersentak seawal minit ke-21 apabila penyerang Fleetwood, Aaron Loupalo-Bi, meletakkan tuan rumah – pasukan yang berada 84 anak tangga di bawah Arsenal dalam kedudukan...





