KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan pembabitan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam kegiatan pelacuran ‘sugar baby’.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata KPT memandang serius dakwaan itu dan akan meneliti kesahihan maklumat yang dikemukakan menerusi satu kajian yang tular di media sosial.





