KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menjangkakan perbelanjaan subsidi petroleum yang perlu ditanggung, akan mencecah RM40 bilion ($12.57 bilion) pada 2026, menyusuli krisis bekalan sejagat yang melonjakkan harga minyak mentah dunia melebihi AS$120 ($154) setong.
Kementerian Kewangan berkata perbelanjaan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) meningkat daripada kira-kira RM800 juta sebulan pada Januari dan Februari, kepada hampir RM5 bilion sebulan...





