JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menolak dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kebakaran hutan di Indonesia.
Beliau menegaskan bahawa institusi pelaburan milik kerajaan negeri itu dan syarikat dalam kumpulannya tidak memiliki atau mengendalikan ladang di luar Malaysia.





