HANOI: Vietnam menggesa rakyatnya hari ini (27 September) supaya berpindah ke tempat selamat sedang Taufan Noru semakin mendekati negara itu, selepas menyebabkan sekurang-kurangnya lapan kematian dan banjir meluas di Filipina.
Kelajuan angin diramal mencecah 183 kilometer sejam (kmj) lewat hari ini, kata agensi kaji cuaca negara itu, sambil menambah bahawa Taufan Noru dijangka mendarat di Vietnam hari ini sebelum menjadi...





