KADAR kelahiran bayi di Singapura meningkat sedikit tahun lalu berbanding 2020, namun masih lebih rendah berbanding kadar yang dicatat sebelum Covid-19.
Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura, yang memberikan nisbah jumlah bayi yang dilahirkan di Singapura bagi setiap wanita yang boleh bersalin, meningkat daripada paras paling rendah dalam sejarah, iaitu 1.10, pada 2020 kepada 1.12 tahun lalu.





