Seramai 200 warga emas menyertai pelajar dalam satu acara jalan kaki antara generasi di Our Tampines Hub (OTH) pada 1 November, dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan sosial serta menyokong penduduk menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Acara yang disokong rakan kongsi Pusat Penuaan Aktif (AAC) itu menghimpunkan peserta daripada golongan muda dan warga emas menerusi kegiatan fizikal...





