PERTUBUHAN jagaan kesihatan amal, Sata CommHealth, telah mempamerkan sikap tangkas, keupayaan menyesuaikan diri dan kegigihan dalam menangani cabaran pandemik Covid-19 untuk membawa penjagaan perubatan kepada masyarakat, demikian kata Presiden Halimah Yacob.
Semasa krisis Covid-19, beliau berkata Sata antara lain telah mengerahkan kakitangan di barisan depan dan memanfaatkan teknologi seperti kenderaan elektrik perubatan mudah alih untuk menawarkan vaksinasi influenza dan pneumococcal...





