BADAN Melayu/Islam setempat menyambut baik jaminan yang diberi pemerintah bahawa institusi keluarga akan dilindungi di sini dan menggalak masyarakat Islam agar kekal tenang dan berhemah apabila berbincang mengenai isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ).
Ini menyusuli pengumuman Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong kelmarin bahawa pemerintah bakal memansuhkan Seksyen 377A - undang-undang yang menyifatkan seks sejenis antara...





