TRIPOLI: Pihak berkuasa agama tertinggi Libya, Dar al-Ifta, mengeluarkan fatwa melarang umat Islam membeli, menjual atau memakai pakaian yang memaparkan logo jenama sukan terkenal Amerika Syarikat, Nike, kerana dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.
Institusi agama yang berpangkalan di Tripoli itu mendakwa nama Nike berasal daripada dewi kemenangan dalam mitologi Yunani purba, manakala logo terkenalnya yang dikenali sebagai swoosh diilhamkan daripada...





