Sekumpulan jemaah haji Indonesia berada di kawasan hotel Novotel Thakher Makkah, Arab Saudi, yang turut menempatkan kemudahan kesihatan, penyediaan makanan dan pengangkutan jemaah. Indonesia merancang memulakan pembinaan Kampung Haji di Makkah pada Disember 2026 selepas dana kekayaan negaranya, Danantara, menyelesaikan pembelian tanah seluas 4.4 hektar di kawasan Thakher pada Oktober lalu. Projek itu, yang turut melibatkan pengambilalihan hotel Novotel Thakher Makkah dengan 1,461 bilik dan suite, bertujuan menyediakan penginapan serta kemudahan lebih selesa kepada jemaah haji dan umrah Indonesia, terutama warga emas.
DuniaNov 4, 2026 | 12:12 PM

Indonesia mula bina Kampung Haji di Makkah Disember ini

JAKARTA: Indonesia akan memulakan pembinaan Kampung Haji di Makkah, Arab Saudi, pada Disember ini, selepas berjaya menyelesaikan pembelian sebidang tanah seluas 4.4 hektar di kawasan Thakher pada Oktober lalu.

Projek yang bertujuan menyediakan kemudahan penginapan lebih selesa kepada jemaah haji dan umrah Indonesia itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama syarikat pembangunan tempatan Arab Saudi.

Festival Teroka Nusantara akan berlangsung di Taman Warisan Melayu (MHC) dari 6 hingga 8 November.
Gaya hidupNov 4, 2026 | 2:07 PM

Selami warisan, tradisi Alam Melayu di Festival Teroka Nusantara

Nikmati persembahan muzik serantau, belajar tarian zapin dan fahami amalan menyambut dan melayani tetamu dalam budaya Melayu.

Itulah antara kegiatan yang boleh kanak-kanak lakukan bersama ibu bapa mereka di Festival Teroka Nusantara yang akan berlangsung di Taman Warisan Melayu (MHC) dari 6 hingga 8 November.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Canva, Cik Melanie Perkins, seramai 1,271 pekerja, iaitu 22 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja syarikat itu, akan diberhentikan, ditukarkan ke jawatan lain atau dipindahkan ke hab utama syarikat.
EkonomiNov 4, 2026 | 1:36 PM

Firma teknologi Aust, Canva, buang sekitar 22% pekerja, ubah peranan kerja yang lain

SYDNEY: Canva mengumumkan pemberhentian pekerja dan rombakan besar-besaran yang akan menjejaskan lebih satu perlima tenaga kerjanya. Ini berlaku apabila kecerdasan buatan (AI) memaksa penilaian semula struktur di salah sebuah syarikat teknologi paling terkenal di Australia.

Seramai 1,271 orang, atau 22 peratus kakitangan Canva, akan kehilangan kerja, bertukar peranan atau berpindah ke pusat utama, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Canva, Cik...

Netanyahu, Trump, pembelian senjata
DuniaNov 4, 2026 | 1:31 PM

Trump umum bantuan ketenteraan AS kepada Israel dihenti akhir tahun

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan sebahagian besar bantuan ketenteraan negaranya kepada Israel akan dihentikan menjelang akhir 2026, susulan persetujuan yang dicapai dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, beberapa bulan lalu.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat pada 3 November, ketika rakyat Amerika mula mengundi dalam pilihan raya pertengahan penggal yang bakal menentukan penguasaan Kongres.

Libya, fatwa, Nike
DuniaNov 4, 2026 | 12:58 PM

Libya haramkan umat Islam beli, jual dan pakai pakaian berlogo Nike

TRIPOLI: Pihak berkuasa agama tertinggi Libya, Dar al-Ifta, mengeluarkan fatwa melarang umat Islam membeli, menjual atau memakai pakaian yang memaparkan logo jenama sukan terkenal Amerika Syarikat, Nike, kerana dianggap bertentangan dengan ajaran Islam.

Institusi agama yang berpangkalan di Tripoli itu mendakwa nama Nike berasal daripada dewi kemenangan dalam mitologi Yunani purba, manakala logo terkenalnya yang dikenali sebagai swoosh diilhamkan daripada...

Bekas Ketua Polis Nasional Indonesia (Polri), Jeneral Listyo Sigit Prabowo, menghadiri majlis pelantikan Ketua Polri baharu, Jeneral Suyudi Ario Seto, di Istana Presiden, Jakarta, pada 1 Oktober 2026. Encik Listyo dinamakan sebagai seorang daripada tiga suspek dalam siasatan dakwaan pemintasan komunikasi secara tidak sah yang menyasarkan Presiden Prabowo Subianto dan beberapa tokoh penting Indonesia antara 2025 dengan 2026.
DuniaNov 4, 2026 | 12:41 PM

Dakwaan intip Prabowo bangkitkan semula isu salah guna kuasa polis Indonesia

JAKARTA: Polis Nasional Indonesia (Polri) sekali lagi menjadi perhatian susulan dakwaan pengintipan komunikasi tanpa kebenaran yang menyasarkan Presiden Prabowo Subianto dan beberapa tokoh penting negara itu, sekali gus menambah senarai skandal besar membabitkan pegawai kanannya sejak dua dekad lalu.

Kontroversi terbaru itu menyusuli beberapa kes berprofil tinggi yang pernah menggegarkan institusi polis Indonesia, termasuk rasuah, pembunuhan terancang dan pengedaran dadah.

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video