Kemasukan pelaburan ke Johor sedang diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi merentas sektor, termasuk pembuatan, pembinaan, logistik, perkhidmatan dan pertanian, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han.
Beliau berkata petunjuk ekonomi menunjukkan bahawa kesan pelaburan terhadap kegiatan perniagaan di negeri itu, dengan Johor merekodkan pertumbuhan 8 peratus pada 2025, tertinggi dalam kalangan negeri...





