SELAMBA dan bersahaja dalam tindak-tanduknya serta kuat menyakat orang.
Begitulah perwatakan sebenar Shaqeel Jailani, pelakon kanak-kanak dalam telefilem Korban Si Ijat yang kini bersiaran di aplikasi meWATCH.
SELAMBA dan bersahaja dalam tindak-tanduknya serta kuat menyakat orang.
Begitulah perwatakan sebenar Shaqeel Jailani, pelakon kanak-kanak dalam telefilem Korban Si Ijat yang kini bersiaran di aplikasi meWATCH.
Usaha menggajikan golongan kurang upaya serta kelompok mudah terdedah menjadi tumpuan di Rumah Terbuka Istana, yang berlangsung pada 1 November sempena sambutan Deepavali.
Langkah tersebut merupakan kali pertama rumah terbuka itu – yang kebiasaannya menumpukan kepada persembahan secara langsung dan kegiatan keluarga – mengetengahkan usaha sedemikian.
Seramai 200 warga emas menyertai pelajar dalam satu acara jalan kaki antara generasi di Our Tampines Hub (OTH) pada 1 November, dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan hubungan sosial serta menyokong penduduk menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Acara yang disokong rakan kongsi Pusat Penuaan Aktif (AAC) itu menghimpunkan peserta daripada golongan muda dan warga emas menerusi kegiatan fizikal...
Tompokan minyak dikesan di perairan selatan Singapura dekat Pulau Sebarok, Pulau Semakau dan Selat Pauh, menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat punca tumpahan minyak tersebut.
Dalam satu kenyataan pada 1 November, MPA berkata ia dimaklumkan mengenai penemuan tompokan minyak di perairan dekat Pulau Sebarok itu pada sekitar 10.25 pagi, 1 November.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata pada 31 Oktober bahawa Amerika telah melumpuhkan sebahagian besar kekuatan ketenteraan Iran, namun masih perlu “menangani” satu atau dua sasaran lagi.
Beliau berkata demikian ketika Teheran memberi amaran akan bertindak balas sekiranya diserang.
Sebanyak 1,310 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet perumahan baharu Sembawang North akan ditawarkan pada November, sekali gus merupakan jualan terakhir Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi 2026.
Tempoh menunggu bagi flat itu ialah dua tahun 10 bulan.





